Friday, November 20, 2009

DIA segala-galanya


Korang semua tahu tak aper pic kat atas nih dan kenapa aku upload pic nih???

hmm mesti korang semua x tahu,,sebenarnya aku pernah lalui jalan itu sebelum nih,,jalan tuh kalau korang yang dah pernah laluinya mst sangat gembira..Begitu juga aku..Sangat manis sewaktu aku laluinya,sebelum ini ianya sunyi dan penuh semak samun,,tapi aku tebas semua rumput yg tinngi dan jalan itu aku bersihkan lalu berikan laluan ini kepada seseorang yang betul2 aku sayang..
 Permulaan yang aku lalui sangat manis dan tidak ada ranjau dan onak duri sepanjang perjalanan aku..tapi siapa tahu,angin taufan datang menggoncangkan sedikit ikatan dan laluan yang aku bina selama ini..Aku lakukan apa sahaja untuk membahagiakan DIA,,untuk melihat senyuman DIA,,gelak tawa DIA....Aku mengimpikan setiap saat yang berlalu biarlah yang indah hanya bersama dia.Aklu x nak melihat kesusahan dalam diri DIA..Aku nak DIA bahagia bersama aku..Itulah aku,,aku sanggup telan semua yang pahit asalkan yang manis hanya untuk DIA..
 Tapi apakan daya,,hari berganti hari,,bulan berganti bulan,,hubungan aku dengan dia makin mendatar,,tiada lagi gelak tawa,,tiada lagi pelukan mesra,,tiada lagi ciuman kasih dan sayang...Terlalu sukar bagi aku,,bagi insan seperti aku yang memerlukan kasih dan sayang..Aku cuba memenuhkan masa aku dengan semua perkara supaya aku x rasa kekosongan,,tapi aku tipu diri aku,,aku rindukan semua tentang DIA..Tapi adakah DIA rasa apa yang aku rasa??? 
Sekarang aku makin sukar nak berkomunikasi dengannya,,masa Dia dihabiskan untuk kerja,,dan tiada seminit pon masa yang diluangkan untuk aku..
Aku teringin nak capai awan nih...Sebab aku sendiri tak tahu apa yang aku perlu untuk gembirakan hubungan aku nih..Aku sayang DIA,,dan x dapat diluahkan dengan kata-kata..Hidup aku sentiasa mendung semenjak bulan2 yang lepas..Aku sekarang berada ditengah2 laluan yang sememangnya lurus untuk aku dan dia tapi apakan daya tiupan angin dah uabah haluan aku..Sekarang aku berada ditengah2 pembahagi jalan..samada aku nak ke kanan atau ke kiri??
Aku x nak ke kanan atau ke kiri,,aku nak haluan yang manis dan pernah aku lalui sebelum ini..Dapatkan aku rasainya..???
Itu yang menjadi tanda tanya dalam diri aku....Cuma kalau ini jalan yang dah ditentukan aku dan DIA,,aku terima dengan tangan terbuka kerana aku x mampu untuk mendiri dan membuat tugu aku teguh hanya dengan diri aku sendiri...Aku perluakan DIA untuk menyokong tugu yang pernah aku dan dia bina selama ini..
 
Aku percaya dengan ungkapan ini.........Bie sayang KAMU ( _ _ z)
Tidak ada yang mampu ubah pendirian aku untuk meninggalkan kau melainkan membahagiakan dirimu...Kau SATU dan tiada dua dihatiku...Biarlah ini yang aku perolehi ,,tapi aku tahu aku akan dapat semula diriMU yang dulu aku kenali....

LOVE U

2 comments:

  1. setiap hbngan da trun dan naiknye..ape y terjadi,msti da hikmatnye..emm tp pandai2 la mencari jawapn tuk kebahagiaan tersebut

    ReplyDelete
  2. btol tuh...
    tapi penantian itu suatu siksa
    waaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete