Wednesday, November 25, 2009

Ikatan Persahabatan


Persahabatan suatu perkara yang memang sukar kita huraikan dengan kata2..Ada manis,ada pahit,semua itu kita lalui bersama..Ianya akan kita rasa bila ada seseorang dari kita yang tinggalkan kita...Aku seperti gambar kat atas,kami bahagia bersama,kami jalan berpimpin tangan,berpeluk bahu dan tak lekang senyuman yang kami ukirkan...Aku hargai setiap persahabatan yang kami jalinkan ni,,Aku bahagia..Dan siapa tahu seseuatu perkara yang mungkin kita sendiri tidak dapat elakkan....dan ini yang aku lalui sekarang..seorang demi seorang dari meraka tinggalkan aku..Aku rasa sunyi tanpa mereka.


Kak lin orang yang rapat ngan aku,dia yang banayk berkongsi cerita,berkongsi rasa,juga lalui smua perkara dengan dia..Tapi keputusan dia untuk mencari peluang pekerjaan yang lain,aku akur dengan keputusan dia,walapun aku sedih..Kurang seorang kawan yang aku..Dan aku plak mula rapat ngan abg Fahmi,,dia ngan aku mula2 dule sombong gila,,aku pon cakap mamat nih sombong plak ngan aku,then bila slalu pegi break sama2,smoking,mengular ahahaha itu yang jadi rapat,sejak tuh aku pon mula kongsi suka duka aku,juga dia pon same macam tuh,,dan siapa tahu tak ada aral melintang aku dapat tahu dari Shila yang dia akan transfer keja kat genting..Aku tahu pon dari mulut orang,betapa sedihnya aku memang x terkata..Dia baik ngan aku,dia abang yang baik,sejak Kak Lin xde dia ngan Shila la yang jadi peneman aku hari2..Aku gelak,aku menangis ngan dorang..Aku pegi karoke,tgk wayang,shopping,makan2,smoking dan boleh dikatakan dimana ada aku disitu ada dorang semua..
Aku sedih sangat..Hari ini hari terakhir aku jumpa dengan Abg Fahmi,,aku text dia ajak smoke,then sebelum aku sambung keje aku,,aku salam tangan dia,dan aku dapat pelok dia,dan aku dapat rasa pelukan dari seorang abg,dia ambik berat pasal aku,dia KAWAN,dia ABANG,dia care tentang aku..dulu Kak Lin,jga aku,aku sakit bagi aku ubat,aku sayang mereka..Tidak ada pengganti diorang kat hati aku..
Sekarang aku tinggal Shila..Dialah kakak aku,dia la kawan aku,dia yang buat aku tersenyum..Dia gak yang buat aku marah.menangis..Dia gila..Tapi aku happy kawan ngan dia..Now aku tinggal dia je,xde saper dah....Pilu hati aku...
 
Tempat aku mengadu,makin hilang,
Tempat aku gembira makin pudar.
Aku harap hubungan kita tidak akan putus sampai bila2...Bie sayang korang semua...
Tak bermaksud kita jauh kita terpisah,ikatan persahabatan yang kita bina tak akan putus..


LOVE U SO MUCH


Friday, November 20, 2009

DIA segala-galanya


Korang semua tahu tak aper pic kat atas nih dan kenapa aku upload pic nih???

hmm mesti korang semua x tahu,,sebenarnya aku pernah lalui jalan itu sebelum nih,,jalan tuh kalau korang yang dah pernah laluinya mst sangat gembira..Begitu juga aku..Sangat manis sewaktu aku laluinya,sebelum ini ianya sunyi dan penuh semak samun,,tapi aku tebas semua rumput yg tinngi dan jalan itu aku bersihkan lalu berikan laluan ini kepada seseorang yang betul2 aku sayang..
 Permulaan yang aku lalui sangat manis dan tidak ada ranjau dan onak duri sepanjang perjalanan aku..tapi siapa tahu,angin taufan datang menggoncangkan sedikit ikatan dan laluan yang aku bina selama ini..Aku lakukan apa sahaja untuk membahagiakan DIA,,untuk melihat senyuman DIA,,gelak tawa DIA....Aku mengimpikan setiap saat yang berlalu biarlah yang indah hanya bersama dia.Aklu x nak melihat kesusahan dalam diri DIA..Aku nak DIA bahagia bersama aku..Itulah aku,,aku sanggup telan semua yang pahit asalkan yang manis hanya untuk DIA..
 Tapi apakan daya,,hari berganti hari,,bulan berganti bulan,,hubungan aku dengan dia makin mendatar,,tiada lagi gelak tawa,,tiada lagi pelukan mesra,,tiada lagi ciuman kasih dan sayang...Terlalu sukar bagi aku,,bagi insan seperti aku yang memerlukan kasih dan sayang..Aku cuba memenuhkan masa aku dengan semua perkara supaya aku x rasa kekosongan,,tapi aku tipu diri aku,,aku rindukan semua tentang DIA..Tapi adakah DIA rasa apa yang aku rasa??? 
Sekarang aku makin sukar nak berkomunikasi dengannya,,masa Dia dihabiskan untuk kerja,,dan tiada seminit pon masa yang diluangkan untuk aku..
Aku teringin nak capai awan nih...Sebab aku sendiri tak tahu apa yang aku perlu untuk gembirakan hubungan aku nih..Aku sayang DIA,,dan x dapat diluahkan dengan kata-kata..Hidup aku sentiasa mendung semenjak bulan2 yang lepas..Aku sekarang berada ditengah2 laluan yang sememangnya lurus untuk aku dan dia tapi apakan daya tiupan angin dah uabah haluan aku..Sekarang aku berada ditengah2 pembahagi jalan..samada aku nak ke kanan atau ke kiri??
Aku x nak ke kanan atau ke kiri,,aku nak haluan yang manis dan pernah aku lalui sebelum ini..Dapatkan aku rasainya..???
Itu yang menjadi tanda tanya dalam diri aku....Cuma kalau ini jalan yang dah ditentukan aku dan DIA,,aku terima dengan tangan terbuka kerana aku x mampu untuk mendiri dan membuat tugu aku teguh hanya dengan diri aku sendiri...Aku perluakan DIA untuk menyokong tugu yang pernah aku dan dia bina selama ini..
 
Aku percaya dengan ungkapan ini.........Bie sayang KAMU ( _ _ z)
Tidak ada yang mampu ubah pendirian aku untuk meninggalkan kau melainkan membahagiakan dirimu...Kau SATU dan tiada dua dihatiku...Biarlah ini yang aku perolehi ,,tapi aku tahu aku akan dapat semula diriMU yang dulu aku kenali....

LOVE U

Thursday, November 19, 2009

Perempuan



Ha today aku kena bangun awal  pergi keje cos today aku kena prepair barang untuk ni ha nk ngajar dorang nih macam mana nak letak mekap kat muka dorang,,macam mana nak pakai brush..
Hahahaha dorang ni masuk rancangan realiti apenyer nih `Life Cant Wait` ....Undian pon dari penonton..
macam-macam jenis rancangan yang stesyen televisyen terbitkan...

Aku pon terperanjat gak la yang dorang nih sume mmg sepatah haram pon x tahu nak guna kosmetik..Ader gak yer perempuan yang x tahu mekap lagi..Actually mekap bukanla important sangat tapi ianya mampu bagi sedikit daya tarikan juga mampu serlahkan lagi gaya juga personaliti diri mereka..
Aku pon bukan cakap untuk diorang jer tapi expecially wanita@remaja yang diluar sana yang kurang prihatin dengan perkara ini juga hanya ambil ianya sebagai remeh..Bagi aku kerjaya aku sebagai Mekap Artis,,aku suke melihat semua wanita diluar sana kelihatan cantik serta mempunyai lebih lagi keyakinan diri..
Bukannya aper nih aku nk kongsikan cerita lucu sikit..Aku nih memang suke mekap,,korang sumer tahu x,aku nih kalau la balik kampung jumpa mak aku,,ha tu dia aku memang akan mekap sakan mak aku..Kadang-kadang tuh just nak pergi GIANT jer beli barang tapi aku solek mak aku..TETAP dan WAJIB..Aku pon ske gak mekap kakak aku tapi satunya dia nih banyak no mulot nyer..hehehe kadang-kadang aku pakse jer dia,ske ke x aku tetap nk mekap dia..

Ringkasannya dari keseluruhan..aku ske tgk perempuan cantik..Dan x salah kot perempuan nak nampak cantik..Jadi dengan diri anda semua..Wake-Up GIRL...ding dong!!!!!!

Friday, November 13, 2009

Siti Nurhaliza idola AKU




Korang semua mesti tetanya-tanya kan ape smua tuh...Sebenarnya aku nih peminat setia Siti..Aku ni kira macam sanggup mati tok dia la..Uiiissshh lain macam jer kan..Tak actually aku ni memang minat dia since aku kecik agi dan sampai sekarang mahupun sampai bila2..Aku x kisah langsung aper yang aku baca baik atau buruk tentang dia bagi aku aku pandang dia dari sudut positif,,kesusahan yang beliau lalui dari kecik hingga dari satu kesatu gelaran yang beliau terima,memang tiada tolok bandingannya,biarpun berapa banyak spekulasi yang kate akan berkuburnya Siti dari dunia seni selepas beliau mendirikan rumah tangga,bagi aku TIDAK sekali..Siti sebuah permata yang digilap bakatnya,untuk disenangi,untuk ditangisi mahupun untuk dijadikan idola..Bukan la aku kate aku nak jadi penyanyi dan gelaran seperti apa yang beliau ade sekarang ,cuma aku lihat dari sudut yang lain iaitu ketabahan beliau,kegigihan, serta kesungguhan yang dia lakukan semamangnya dia mahukan kejayaan dalam setiap apa jua yang dia lakukan.
Aku memang Tabik kat Siti kerana dia tiada tolok tandingannya dan aku jadi peminat juga menghargai apa jua yang dia lakukan,aku akan jadi tulang belakang dia sebagai peminat untuk menyokong apa jua yang dia lakukan,bagi aku dia adalah seorang LAGENDA yang tidak akan terkubur malah akan menjadi sejarah  yang kiata semua tidak akan dapat lupakan..Wahh aku ni agresif btol..Aku nih aklau pasal Siti ngan member aku pon boley gaduh,,hahahaha ngan kakak aku pon boley jer gaduh pasal Siti..Kerjaya aku adalah sebagai jurusolek..oppss tapi aku bukan lembut okay!!!!!  kerjaya adalah kerjaya..Hampir beratus muka aku dah solek ,tapi aku berjanji dengan diri aku biar sekali pon Siti bukan lagi seorang penyanyi mahupun bersara dalam dunia hiburan AKU TETAP AKAN AKAN MAKEUP KAN SITI...Kerana itu adalah impian aku sebagai seorang yang benar2 aku kagum!!!!!
Siti kau tetap utuh sebagai orang yang paling aku minati,kagumi...Juga kau ialah idola aku selama-lamanya..Amin harap2 impian aku akan tercapai...

Diri Aku


 Hello to semua yang sudi baca blog aku nih...
Ini 1st blog aku yang aku create untuk tatapan dan bacaan semua member2 aku mahupun yang cuba jadi member baru aku..Aku BIE...Aku anak jati Negeri Sembilan,dilahirkan di Port Dickson,sekolah rendah mahupun menengah disini...Aku anak kedua dari tiga orang adik-beradik...This year im 21...Maaf la kalau ader org pening baca penulisan aku  ni,sememangnya aku nih suke campur ayat skit...
Aku happy dengan diri aku..Aku ada semuanya..Mak Ayah Kakak Adik juga orang g tersayang..Aku dah tiga tahun jejakkan kaki aku di Kuala Lumpur,berbagai dugaan yang aku dah lalui,menumpang,keperitan,kesusahan,bercinta,ditinggalkan dan macam2 lagi la...Tapi alhamdulillah aku masih kuat untuk tempuh hidup sebagaimana yang aku ingini...

Aku suka berkawan,tapi prinsip aku,SEKALI ORANG BUAT BAIK DENGAN AKU,SRIBU KALI AKU BALAS,,TAPI SEKALI ORG BUAT TAIK NGAN AKU,,SPULUH RIBU KALI AKU BALAS..

Untuk sementara waktu ini dulu aku paparkan untuk pembaca yang sudi meneliti ,juga mengetahui serba sedikit tentang diri aku..